Monday, September 28, 2009

SELAMAT BERJUANG!

Assalamu'alaikum wr wb..

Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh para fasilitator kita sehingga melayakkan mereka untuk berada di medan yang sepatutnya. Semasa iftar KBMKL yang lepas telah dimaklumkan bahawa beberapa orang fasilitator KBMKL akan berangkat ke Mesir, Jordan, Madinah dan Yaman untuk menyambung pengajian.

Antara yang telah berangkat ke mesir pada ramadhan yang lepas:

Abang Luqman Zaharuddin
Abang Hud
Kak Husna Mustapha

InsyaAllah malam ni, 4 orang lagi daripada fasi kbmkl akan berangkat ke Yaman. Kesemuanya dari Kolej Intisar, Kajang

Abang K.U (Abg Anas)
Abang Ubadah
Abang Rifa'ah
Abang Hazim

Yang masih menanti untuk terbang ke Mesir dan Madinah :

Kak Nusaibah
Abg Eming


Mohon semua doakan kelancaran perjalanan, kehidupan dan study mereka di sana nanti. Moga pemergian ini membakar semangat utk kasih dan sayang meneruskan usaha sambung study setinggi dan sejauh yg boleh.

Walau di mana tahap pelajaran adik2 kasih dan sayang sekarang ini, yakinlah, dengan usaha dan doa, kasih dan sayang boleh pergi jaaaauh lebih hebat daripada pencapaian sekarang. Teruskan azam dan usaha untuk terus..

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!


2 comments:

L u Q m a n said...

sume dalam gmbar ni fly. x sangke lak. hehe.

::Damia:: said...

kcuali 2 dr kiri..
dh tamat zaman terbang menerbang beliau..

^_^