
Team KBMKL mengucapkan SELAMAT BERJUANG buat adik-adik kasih dan sayang yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini.
Didoakan semoga adik-adik beroleh kejayaan yang cemerlang didunia dan diakhirat..
Berikut dikongsikan sedkit tips dalam menghadapi peperiksaan. Moga bermanfaat! ^_^
===============================
- Pelajar yang berjaya adalah mereka yang berkelakuan baik di dalam kelas, terutama semasa cikgu sedang mengajar.
- Mereka memberi tumpuan dan tidak menjadi agen-agen syaitan yang cuba mengganggu sahabat-sahabat lain.
Belajar Merancang Masa
- Jangan pilih mata pelajaran yang digemari sahaja.
- Jangan habiskan waktu dengan menonton televisyen.
- Buat jadual belajar yang sesuai dengan kemampuan anda
Bosan, apa ubatnya?
- Cuba tanya diri anda, mengapa anda sering rasa bosan?
- Elakkan perkara-perkara yang membosankan dengan mencipta suasana yang menarik untuk belajar
- Jika ada masalah peribadi cepat-cepat selesaikan
- Jauhi maksiat dan dosa kerana ilmu tak dapat menembusi hati yg kotor dan berbuat maksiat
- Berdoa kpd Allah agar dibukakan pintu hati kita untuk menerima ilmu-Nya
Strategi Ulangkaji
- Mulakan ulangkaji awal-awal lagi
- Punca malas belajar kerana kita tidak faham, maka berusahalah untuk memahamkannya
- Baca berulang kali, baca semua buku dan nota.
- Bincang dengan rakan-rakan teknik membaca yg best!
- Buat latihan dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas
- Bentuk kumpulan untuk buat ulangkaji secara berkesan
Buat Nota Dengan Baik
- Buat nota dari apa yang diajarkan didalam kelas secara teratur.
- Tulis nota anda sendiri mengikut kreativiti supaya anda minat untuk membacanya.
- Gunakan pen "high lighter" untuk ayat dan perkataan penting.
Persediaan sebelum Hari Peperiksaan
- Buat ulangkaji sepintas lalu, sentuh semua topik.
- Tumpukan perhatian pada proses ulangkaji
- Tidur dengan cukup
Menjelang Hari Peperiksaan
- Pastikan jadual peperiksaan ada dan lihat jadual dengan betul.
- Pastikan anda tiba awal
- Elakkan dari berbual kosong
- Pastikan semua keperluan cukup
- Jangan fikir lagi perkara lain yang anda tidak faham
Persediaan Emosi, fizikal, mental dan spiritual
- Elakkan perselisihan faham dengan rakan
- Menjaga hati ibu bapa
- Tidak bercinta
- Jangan terlalu yakin
- Elakkan prasangka negatif kepada orang lain
- Senyum 3.. ^_^
- Mengutamakan kesihatan badan
- Tidak tidur larut malam
- Menjaga keselamatan diri
- Makan secukupnya dan berkhasiat
- Riadah ringan sekitar 20 minit sehari
- Jangan menyerah kalah atau cepat berputus asa
- Berfikiran positif
- Sempurnakan solat 5 waktu dan ditambah dengan amalan2 sunat
- Selalu berdoa pada Allah moga dipermudahkan urusan kita untuk menuntut ilmu
- Rajin-rajinkan diri membaca ayat-ayat cinta dari Allah (Al-Quran), moga dapat membersihkan hati
- Sekali lagi, Jauhi Maksiat! moga Allah bantu kita.. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment