Thursday, January 1, 2009

KBM Kg. Melayu Batu 16, Rawang

Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, Maha Pemurahnya Dia kerana sekali lagi kami telah diberikan-Nya kesempatan untuk terus bersama-sama adik-adik kasih dan sayang. Penerbangan kami diteruskan lagi pada 27 dan 28 Disember 2008 bertempat di Masjid Al-Ehsaniah, Kg. Melayu Batu 16, Rawang, Selangor. Bersama seramai 41 orang adik kasih dan sayang dari kampung tersebut, yang mana datang dari pelbagai sekolah di sekitar Rawang dan melibatkan 9 orang pengendali antaranya Pak Long, Pak Kay, Pak Andak, Pak Ngah, Abg Wan, Ummi Ida, Kak Nina, Kak Mia dan Anjang Kila serta dibantu oleh 5 orang pramugara iaitu Abg Yasser, Abg Luqman, Abg Arul, Abg Hafiz dan Abg Salam. Manakala 5 orang pramugari yang terlibat ialah Kak Ngah, Kak Ifa, Kak Mira, Kak Nurull, dan Kak Izzati.

Seperti biasa, KBM dimulakan dengan slot Knowing Me Knowing You yang dimeriahkan oleh Kak Nina dan Anjang Kila. Slot INTEAM pada petang tersebut telah dikendalikan oleh Kak Nina. Sesi riadah adik-adik kasih bersama Anjang Kila dan Kak Mia manakala adik-adik sayang bersama abang-abang fasi.

Pada sebelah malamnya, adik-adik telah dibawa oleh Pak Ngah untuk menikmati keindahan bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah menerusi slot Meniti Angin Malam 1. Meniti Angin Malam 2 pula telah dikendalikan oleh Pak Ngah, Kak Ngah dan semua faslilitator.

Keesokan harinya, adik-adik telah dibawa berhijrah oleh Kak Nina dan dalam masa yang sama ibubapa pula telah mengikuti satu slot khas yang diberi nama Rumahku Syurgaku bersama Ummi Ida. Berikutnya slot Menyemai Kasih Menuai Sayang juga telah dikendalikan oleh Ummi Ida dimana para peserta telah ditemukan dengan ibubapa masing-masing.

Majlis penutup Program Keindahan Bersama Mu kali ini amat istimewa kerana telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Selayang iaitu Y.B William Leong Jee Keen dan diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta dan cenderahati dari pihak JKK Kg. Melayu Bt. 16 kepada pihak JIM Hulu Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga ianya dinilai disisi-Nya kelak. InsyaAllah.



3 comments:

Anonymous said...

AKU BENCI PEKIDA
aku dari kg laloh kuala krai kelantan, budak pekida sini memang samseng, boss nya usop pahi memang kaki samseng, yusni lagi teruk, brahim boyo, awi tok awang kekcok, suha ini sebahagian yang aku boleh sebut, tapi ramai lagi lah, mereka ni semua kaki pukul, tarik kereta, peras ugut orang, curi kereta, kaki mabok, buat kacau kedai kopi dan macam macam lagi lah memang teruk pendek kata keselamatan kampong memang terancam, pk la boss pekida.

::Damia:: said...

Salam..

Hmm..mungkin ada sikit salah faham kat sini. Actually, program keindahan bersamamu (KBM) bukan bawah PEKIDA dan tiada kaitan langsung dengan pertubuhan tersebut. Kami bergerak bawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Belia bagi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Mungkin boleh salurkan pandangan anda terus ke website pekida utk penambahbaikan.

TQ

Anonymous said...

Pak Am pun turun setuju dengan pandangan matang dari Damia. Sila salurkan pandangan anda sperti dinasihatkan. Semoga Allah memerhati anda dan kita semua dalam usaha memberi kebaikan sama seperti "menasihat dengan kebenaran" dan "menasihat dengan kesabaran".

Pak Am