Monday, September 1, 2008

KBM SMK Bandar Banting

Salam'alayk..


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izinNya team KBM KL telah berjaya melaksanakan 2 KBM serentak pada Sabtu dan Ahad lepas (30 & 31 Ogos 2008) iaitu di SMK Bandar Baru Banting dan KBM SMK Seri Mutiara di Taman Taynton View, Cheras.

Kehadiran di Banting adalah seramai 143 orang dengan 56 orang adik sayang dan 87 adik kasih. Jumlah fasi pula adalah seramai 28 termasuk pengendali yang telah bersama-sama membawa pesawat kita kali ini. Antara pengendali yang terlibat adalah Pak Kay, Pak Andak, Abg Ngah (Fairuz), Ummi Ida, Mak Andak, Kak Mia dan Anjang Kila. Barisan fasilitator pula antaranya Abg Nizam, Abg Yasser, Abg Lukman, Abg Haris, Abg Anas, Abg Eming, Abg Ubadah, Abg Ibrahim, Abg Farid, Abg Amirul dan beberapa orang lagi sahabat2 dari Selangor yang ana tak ingat namanya. Manakala akak-akak fasi pula terdiri daripada Kak Nurull, Kak DT, Kak Sal, Kak Fatimah (uitm), Kak Raja Zu, Kak Fatimah (anak pak andak), dan Kak Zainab Husna.

~Adik-adik kasih SMK Bandar Banting~

Selepas penyerahan, KBM dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku. Slot KMKY telah dikendalikan oleh Kak Anjang Kila bersama-sama dengan Pak Fai (Abang Ngah) dengan baik, Nyanyian lagu Jalur Gemilang juga telah dinyayikan bersama-sama sebagai menyemarakkan sambutan kemerdekaan kita yang jatuh keesokan hari. Selepas tengahari, slot Inteam di kendalikan oleh Abang Ngah. Pada sebelah malam slot MAM1 dimulakan dengan suatu kejutan buat 5 orang adik-adik yang terpilih dan diikuti oleh animasi Demi Matahari. Slot MAM2 pula dikendalikan oleh Kak Mia dan Pak Kay.

~Adik-adik sayang sedang khusyuk berdoa~

Esoknya, Slot Hijrah dikendalikan oleh Abang Ngah dan Anjang Kila, manakala slot MKMS telah dikendalikan oleh Ummi Ida, Jam 11.15 pertemuan telah dibawa oleh Abang Ngah. Majlis penutup telah dimulakan dengan ucapan oleh YDP PIBG (beliau mencadangkan supaya KBM diadakan setiap tahun, juga mencadangkan supaya diadakan KBM untuk guru-guru). Diikuti oleh ucapan oleh YDP JIM Kuala Langat. Majlis penutup telah disempurnkan oleh Penolong Kanan SMK Bandar Banting.

~Slot Pertemuan~

~Adik-adik sayang ditenangkan oleh guru-guru dan YDP PIBG~

Jzkk kepada Abang Ngah yang telah membantu kami di saat ada 2 KBM serentak di samping beberapa orang pengendali yang tidak dapat membantu kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan. Terima kasih yang tak terhingga juga buat JIM Kuala Langat dan orang-orang kuat disebalik KBM kali ni termasuk guru-guru yang bertugas disepanjang program. Moga Allah sahaja yang membalas budi baik antum semua. Kami juga mendoakan kejayaan adik-adik kasih dan sayang dalam SPM yang akan datang tidak lama lagi. Moga berjaya dunia dan akhirat. Amin..

~Penyampaian cenderahati drpd pihak sekolah kpd YDP JIM Kuala Langat~

~Tugu peringatan SMK Bandar Banting..hehe~

~Barisan pengendali dan fasi akhwat~

~Credit to Akh Yusri n Ukhti Fatimah(uitm) 4 d best picture~


Disediakan oleh: PAK KAY
Dicopy dan diedit oleh: KAK MIA

===============================================

Kak Mia: Balik tu kami dpt dua bungkus besar kerepek raye..huhu.Best! Alhamdulillah, syukran buat JIM Kuala Langat..

1 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....

Sudah sempurna segala apa yag di rancangkan oleh KBM Kuala Lumpur....

Saya sebagai wakil dari SMK Bandar Banting ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya yang tidak lama lagi akan menjelang....

Saya juga mendoakan agar kem seperti ini dapat dijalankan di sini pada suatu hari nanti...

Saya MUHAMMAD SHOLEHAN BIN ROSLI ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli-ahli KRJ & KBM Kuala Lumpur...

Akhir kata dari saya, saya suka sangat dengan aktiviti yang dijalankan oleh KBM mahupun KRJ...

Saya sudahi dengan Assalamualaikum.....

Majukan islam untuk bangsa dan negara....Wassalam....