Friday, June 10, 2011

KBM Sekolah Menengah Tengku Idris Shah

بسم الله الرحمن الرحيم .....
السلام عليكم ورحمة الله .....

KAPAR – Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan kehadhrat Allah S,W.T kerana sekali lagi telah mengizinkan Program Keindahan Bersama Mu berjalan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar atau SMKTIS pada 14 hingga 15 Mei 2011 yang lalu.
Kehadiran adik-adik kasih dan sayang yang telah dipilih Allah untuk mengikuti program ini telah disambut dengan senyuman oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator dihadapan dewan utama sekolah ini. Tawa riang dan keceriaan adik-adik kasih dan sayang menjadi penyeri pada pagi yang indah itu. Program pagi itu dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan slot yang penuh dengan aksi-aksi panas iaitu Knowing Me Knowing You yang kendalikan oleh Kak nina yang berpasangan dengan Abang Long dan dibantu oleh tenaga abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Antara aktiviti yang berlangsung pada pagi itu adalah slot 3S yang pastinya memberikan impak kepada adik-adik kasih dan sayang dan sekaligus merapatkan hubungan diantara abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Setelah selesai aktiviti 3S program berhenti seketika untuk minum pagi. Selepas itu program diteruskan dengan aktiviti Army Yell, dimana adik-adik kasih dan sayang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan dibantu oleh seorang abang atau kakak fasilitator. Masing-masing mempamerkan Army Yell yang mantap dan kreatif.

Setelah selesai menunaikan solat Zohor secara berjemaah dan makan tengahari, program diteruskan dengan slot Inteam yang dikendalikan olek Kak Nina. Sekali lagi, rahmat Allah diberikan di dalam slot ini kerana tarikh program ini berjalan adalah amat hampir dengan sambutan Hari Guru, adik-adik kasih dan sayang bukan sahaja dapat mengenal erti persahabatan tetapi juga diberi peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang hadir yang pastinya akan menjadi kenangan manis dalam memori hidup masing-masing.

Kemudian, adik-adik kasih dan sayang menunaikan solat Asar berjemaah dan minum petang seterusnya beriadah bersama-sama dimana adik-adik kasih dikendalikan oleh Kak Nina dan adik-adik sayang dikendalikan oleh Abang Faiz. Selesainya riadhah, adik-adik kasih dan sayang diberi peluang untuk membersihkan diri, menikmati makan malam, dan solat Maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Abang Raja. Setelah selesai solat, program diteruskan dengan slot yang seterusnya iaitu Meniti Angin Malam 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida, dimana adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan hubungan dengan Allah S.W.T, Rasulullah, juga ibu dan ayah. Ternyata pembawakan Ummi Ida di dalam slot ini telah menyentuh perasaan adik-adik kasih dan sayang ini dalam memahami tanggungjawab mereka kepada Allah S.W.T, Rasulullah, juga kepada ibu dan ayah. Tangisan menjadi pengiring dalam proses muhasabah ini.

Selesai slot MAM 1, program diteruskan dengan Meniti Angin Malam 2 yang dikendalikan oleh semua tenaga fasilitator dan para pengendali. Adik-adik kasih dan sayang telah dibawa mengembara ke dalam slot ini yang berlangsung selama lebih kurang sejam. Kemudian mereka dibenarkan untuk beradu.

Pada keesokkan paginya, selepas sarapan adik-adik kasih dan sayang disajikan dengan “hadiah” khas dari Pak Kay dan program ini diteruskan dengan slot Kini & Hijrah yang dikendalikan oleh Abg Baim dimana adik-adik kasih dan sayang diingatkan kembali slot-slot yang telah dijalankan dan terus bermuhasabah kembali yang bertempat disurau manakala para ibu dan ayah yang hadir pula bersama Pak Long Azmi di dalam slot Menyemai Kasih Menuai Sayang yang berjalan didalam dewan utama. Tepat jam 12.00 tengahari, adik-adik kasih dan sayang di bawa ke dewan utama dan dipertemukan dengan ibu dan ayah masing-masing.

Pada penghujung program, adik-adik kasih dan sayang diberi peluang untuk berkongsi segala yang diperolehi sepanjang mengikuti program ini malah ibu dan ayah juga diberi peluang yang sama sebelum diteruskan dengan ucapan dari pihak sekolah. Juga sempena Sambutan Hari Guru, para guru diberi penghormatan untuk berbaris dihadapan dan adik-adik kasih diberi peluang untuk bersalaman dan mengucapkan ucapan Selamat Hari Guru dan sedikit ucapan dari wakil guru iaitu Ustazah Istiqamah. Program diakhiri dengan sesi bersalaman di antara satu sama lain.

Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menjayakan program pada kali ini; Barisan guru, adik-adik kasih dan sayang, ibu dan ayah, malah tidak dilupakan kepada semua barisan pengendali dan barisan fasilitator yang bertungkus lumus hingga ke akhir untuk memastikan KBM kali ini berjalan lancar. Semoga kita terus menyerlah jauh daripada biasa!


شكرا لكم .....


BARISAN PENGENDALI

[KMKY] Kak Nina & Abg Long
[InTeam] Kak Nina
[MAM 1] Ummi Ida
[MAM 2] Semua pengendali & fasilitator
[Hijrah] Abg Baim
[MKMS] Pak Long Azmi
[Pertemuan] Pak Long Azmi
[Video] Abang Faheem
[Video Editing] Pak Kay
[Laptop] Kak Asma

[Pramugara] Abg Faheem. Abg Raja, Abg Faiz, Abg Rasyeed, Abg Zamir, Abg Fathi & Abg Mohsin
[Pramugari] Kak Bazilah, Kak Koda. Kak Balqis, Kak Nabila, Kak Nasirah, Kak Aisyah





0 comments: