Monday, January 25, 2010

Keindahan Bersama Mu di MHi

[Seperti yang dikongsikan oleh Ummi Ida]

Alhamdulillah, team KBM KL telah berkesempatan bersama pejuang-pejuang muda peserta MHi di Kem Lembah Genting bermula jam 4 petang 22 Jan sehingga jam 1.00 tengahari 23 Jan 2010. Tatkala bersembang-sembang dengan mereka, rupa-rupanya sebelum itu mereka telah berjaya melalui lebih 50 slot pengisian. Banyak juga tu... Pastinya penuh ilmu di dada dan kayalah pengalaman mereka.

Alhamdullilah, di penghujung MHi para peserta berkesempatan pula untuk mengikuti KBM. Peserta MHi kali ini seramai 57 orang, di mana ikhwah seramai 38 orang, manakala akhawat seramai 19 orang. Turut hadir pada sebelah malam 22 Jan ialah Pakcik Shahruzzaman dari JIM Hulu Selangor bersama anaknya dan kami turut dibantu oleh pasangan pengantin baru Abg Farid 'Chef Wan' dan isterinya, Kak Aisyah.

Keesokan harinya hanya tinggal kami bertiga; Ummi Ida, Pak Kay dan Pak Andak. Alhamdulillah, kami berkesempatan menemui ramai anak-anak aktivis JIM dari seluruh negara, tak tersebut nama-nama mereka...


Peserta akhawat bersedia untuk slot pagi 23 Jan 2010...

Setelah hampir sebulan, kesemua mereka adalah teman-teman yang sangat akrab...

Indahnya ukhuwwah yang terjalin...

Saya sayang awak....!!!

Alhamdulilllah, kesempatan bersama anak-anak pewaris perjuangan ini, terasa seolah-olah diberi satu penghormatan dan peluang keemasan. Terasa amanah yang terpikul di atas bahu Ummi apabila berdiri dan bercakap di hadapan mereka adalah untuk menyampaikan bahawa kerja-kerja da'wah dan islah ini perlu diteruskan. Dan mereka adalah antara orangnya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah ini! Merekalah yang telah berkampung, ditarbiyyah sebaiknya, disediakan diri-diri mereka di 'sekolah kehidupan' yang bernama MHi tu.


Hijrah dan azamku tercatat...

Berdoa rabitah untuk terus tsabat dan istiqamah.setelah ukhuwah dan kasih sayang terjalin kukuh di MHi...

Air mata mengalir mengiringi doa-doa kami yang dipimpin oleh Pak Andak...

Perkongsian dari salah seorang peserta...

Akhirnya, setiap pertemuan pastinya akan berakhir. Ramai dari kalangan mereka yang memberi perkongsian yang kami namakan sebagai sharing... Because sharing is caring and caring is loving... Kesedihan, kesyahduan terasa. Dan perjuangan perlu diteruskan. Salah seorang yang berkongsi ialah adik Akram bin Samsuri dari Seremban yang turut menyebutkan betapa mereka amat berterimakasih kepada semua pakcik-makcik yang telah bersama mereka. Juga kepda semua ibu ayah yang telah sanggup membelanjakan hampir RM 1000 untuk mereka mengikut MHi kali ini. Dan selepas ini, mereka akan menyertai pula Road to Borneo.


Sekian.
Wallahu a'lam bissawab.
Taqaballahu minna wa minkum.

1 comments:

Miss Mus said...

smua akhawat terharu dgn perkongsian seorg ikhwah ni, lebih2 lg apabila smua sahabatnye dtg memeluknye utk mnenangknnye.. sgguh syahdu..