Monday, April 27, 2009

PESAWAT 250409 : SMK (P) BUKIT KUDA, KLANG

BismiLLahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, satu team kbmKL telah diterbangkan ke klang pada minggu lepas untuk berkongsi nikmat kasih sayang bersama adik2 kasih tingkatan 3 dan 5 di SMK (P) Bukit Kuda. Program berlangsung di Kompleks Rakan Muda Klang, Sementa. Seramai 137 orang adik2 kasih telah bersama kami sepanjang 28 jam penerbangan KBM ini.

Syukur yang tidak terhingga padaNya kerana dikurniakan kepada kami adik2 kasih yang sangat mantap dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program. Alhamdulillah.

Slot Knowing Me Knowing You, INTEAM, HIJRAH dan Pertemuan telah dikendalikan dengan penuh semangat dan jayanya oleh Kak Nina. Manakala slot Meniti Angin Malam 1, adik2 telah dibawa mengembara bersama-sama dengan Pak Long. Slot Menyemai Kasih Menuai Sayang pula telah dijayakan oleh Pak Andak.

Jutaan terima kasih yang terhingga buat semua pengendali dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan KBM kali ini. Kalian memang hebat. Mereka yang terlibat adalah :


Pak Long+Pak Andak+Abg Yasser+Abg Luqman+Abg Safwan+Abg Najmi

Mak Andak+Kak Nina+Kak Mia+Kak Yong+Kak Zarina+Kak DT+Kak Dila+Kak Jiha+Kak Arep+Kak Wani

Sekalung penghargaan juga buat guru-guru yang sentiasa bersama-sama kami bagi memastikan kelancaran program. Buat ibubapa yang prihatin yang telah hadir untuk merasai nikmat kasih sayang ini. Dan pastinya yang teristimewa buat adik-adik kasih SMK (P) Bukit Kuda yang mantap lagi MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!

JazakumuLLah Khairan Kathira..
Moga Allah membalasnya dengan kebaikan juga..
^_^

** Maaf, gambar xbanyak..

~Adik-adik kasih semasa slot Pertemuan~

~Berdoa bersama ibu dan ayah~



Tuesday, April 21, 2009

KBM AKTIVIS : GURU RANGKAIAN TADIKA AMAL

BismiLLahirrahmanirraheem..

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas izin dan bantuanNya, dapat kami melaksanakan 2 KBM Serentak pada minggu lepas. Iaitu di Sg. Besi dan buat pertama kalinya KBM Aktivis dikendalikan oleh team KBMKL.

KBM Aktivis ini melibatkan guru-guru rangkaian Tadika Amal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Seramai 52 orang guru telah terlibat dalam KBM kali ini. Dan dijayakan oleh 10 orang pengendali dan fasilitator.

Persediaan Minda : Pak Long
KMKY : Abg Bai
Nikmat oh Nikmat : Abg Bai
INTEAM : Kak Nina
MAM 1 : Ummi Ida
Jawatanku : Ummi Ida
Riben Kehidupan : Ummi Ida
Harapanku Subur Kembali : Ummi Ida
Bingkisan Buatmu : Ummi Ida

Video : Pak Kay
Laptop : Abg Bai
Fasilitator : Mak Andak, Mak Long, Kak Mia, Nasyitah, Alang Atie, Kak Yatt dan Abg Zam

Alhamdulillah, perancangan Allah sememangnya yang terbaik. Program berjalan lancar atas bantuan-Nya. Diharapkan agar ianya menjadi pemangkin kearah pengislahan setiap diri peserta, fasilitator dan pengendali yang mengikutinya. InsyaAllah..

Sebahagian dari komen peserta :

**( Penulisan dan ejaan adalah yang asal dari para peserta )

  1. KBM memberi satu impak yang bagus dalam usaha untuk pembentukan keperibadian Muslim. Semoga ini adalah transformasi kepada program2 yang lain.
  2. Good way of getting to know a partner , quite detail. – Good!
  3. Program seperti ini telah membangkitkan lagi semangat saya untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaaan kepada Allah dgn berjihad dijalan Allah sebagai pendidik. Setiap program yang dianjurkan tidak membosankan kerana mempunyai pelbagai isi-isi yang berguna kepada peserta.
  4. Pengisian aktiviti yang lebih agresif dan mencabar tetapi tetap menyentuh perasaan setiap individu.
  5. Insaf diri nikmat Allah berikan pada kita dgn pancaindera yang sempurna.
  6. Sangat bagus.. Disini saya dapat berbaik-baik dgn kawan saya.
  7. Penyampaian yang cukup menarik dan meninggalkan kesan yg mendalam terutamanya dlm mensyukuri nikmat Allah.
  8. Memohon agar program spt ini dijalankan sentiasa tanpa mengira sesiapapun kerana program seperti ini dapat menyedarkan manusia.
  9. Keseluruhannya program ini telah menginsafkan saya untuk lebih ke jalan yg baik. Terima kasih tak terhingga atas program ini yg banyak memberi saya manfaat untuk memperbaiki diri saya ke jalan yg baik supaya saya akan menjadi insan yang solehah.
  10. TERUSKAN PERJUANGANMU KBM! ALLAHU AKBAR!!
video