Monday, April 27, 2009

PESAWAT 250409 : SMK (P) BUKIT KUDA, KLANG

BismiLLahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, satu team kbmKL telah diterbangkan ke klang pada minggu lepas untuk berkongsi nikmat kasih sayang bersama adik2 kasih tingkatan 3 dan 5 di SMK (P) Bukit Kuda. Program berlangsung di Kompleks Rakan Muda Klang, Sementa. Seramai 137 orang adik2 kasih telah bersama kami sepanjang 28 jam penerbangan KBM ini.

Syukur yang tidak terhingga padaNya kerana dikurniakan kepada kami adik2 kasih yang sangat mantap dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program. Alhamdulillah.

Slot Knowing Me Knowing You, INTEAM, HIJRAH dan Pertemuan telah dikendalikan dengan penuh semangat dan jayanya oleh Kak Nina. Manakala slot Meniti Angin Malam 1, adik2 telah dibawa mengembara bersama-sama dengan Pak Long. Slot Menyemai Kasih Menuai Sayang pula telah dijayakan oleh Pak Andak.

Jutaan terima kasih yang terhingga buat semua pengendali dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan KBM kali ini. Kalian memang hebat. Mereka yang terlibat adalah :


Pak Long+Pak Andak+Abg Yasser+Abg Luqman+Abg Safwan+Abg Najmi

Mak Andak+Kak Nina+Kak Mia+Kak Yong+Kak Zarina+Kak DT+Kak Dila+Kak Jiha+Kak Arep+Kak Wani

Sekalung penghargaan juga buat guru-guru yang sentiasa bersama-sama kami bagi memastikan kelancaran program. Buat ibubapa yang prihatin yang telah hadir untuk merasai nikmat kasih sayang ini. Dan pastinya yang teristimewa buat adik-adik kasih SMK (P) Bukit Kuda yang mantap lagi MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!

JazakumuLLah Khairan Kathira..
Moga Allah membalasnya dengan kebaikan juga..
^_^

** Maaf, gambar xbanyak..

~Adik-adik kasih semasa slot Pertemuan~

~Berdoa bersama ibu dan ayah~



0 comments: