Wednesday, August 19, 2009

Perutusan Ramadhan 1430H

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera.

Kepada ahli keluarga besar KBM KL yang dirahmati Allah SWT


Beberapa hari lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430H akan tiba, dan kita sebagai umat Islam akan melaksanakan satu lagi rukun Islam yang ketiga iaitu perintah melakukan ibadah puasa. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat yang menawarkan ganjaran pahala berganda kepada sesiapa sahaja yang menjalani ibadah puasa pada siang hari dan beribadah kyusuk pada malamnya semata mata kerana Allah SWT. Antara amalan mulia yang perlu ditingkatkan ialah memperbanyakkan amalan solat sunat, membaca Al Quran, bersedekah, yakni membelanjakan harta yang kita sayangi bagi membantu gulungan dhoif dan miskin terutama memberi sedekah/menaja makan minum kepada gulungan yang berbuka puasa.

Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini mampu mertarbiyahkan hati dan diri kita dalam menggapai redha dan maghfirah Allah SWT.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha untuk menjadikan Ramadhan 1430 ini sebagai madrasah yang benar-benar kita hayati bersama dalam memastikan peningkatan nilai syakhsiah diri berbanding bulan Ramadhan yang lalu. Semoga Ramadhan kali ini, kita jadikan sebagai tebusan kepada bulan Ramadhan lalu yang mungkin telah berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengertian mahupun perubahan yang terhasil di dalam diri masing-masing.

”Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1430” dari saf kepimpinan KBM KL.

Sekian. Semoga Allah memanjangkan hayat kita untuk bertemu Ramadhan Al Mubarak kali ini.



PAKLONG HASSAN

(Pengarah KRJ MOTIVASI)


0 comments: