Tuesday, January 11, 2011

Pembuka Tirai 2011 ~ KBM MRSM Kuala Klawang



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah thummalhamdulillah
syukur kehadrat Ilahi..
dengan limpah kurniaNya..
selesai sudah program Keindahan Bersama Mu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang pada 8 hingga 9 Januari 2011 yang juga merupakan pembuka tirai 2011 bagi team KBM Kuala Lumpur.

Barisan pengendali :
KMKY : [Abg Bai]
InTeam : [Abg Wan]
MAM 1 : [Pak Long]
MAM 2 : [semua pengendali dan fasilitator]
Hijrah : [Kak Yong]
MKMS : [Pak Long]
Pertemuan : [Abang Bai]
Laptop : [Abg Muadz] [Kak Yong]
Video : [Kak Zar] [Kak Yong]
Editing : [Kak Yong]

Pramugara:
[Abang Soffwan] [Abang Ashh] [Abang Zieqry] [Abang Atiq Jer] [Abang Muhannad] [Abang ] [Abang Abdullah] [Abang Fattah] [Abang Raffe] [Abang Syihan] [Abang Amir]

Pramugari:
[Kak Aisah] [Kak Shafeqah] [Kak Hajar] [Kak Amee] [Kak Eisma] [Kak Liyana] [Kak Thuwaibah] [Kak Izzati] [Kak Mursyidah] [Kak Amirah] [Kak Hanifah] [Kak Athifah]

Alhamdulillah ~ Seramai 188 orang pelajar MRSM Kuala Klawang yang terdiri dari 94 orang adik-adik sayang dan 94 orang adik-adik kasih telah menjadi antara yang bertuah menjadi peserta program Keindahan Bersama Mu yang julung-julung kalinya diadakan di MRSM Kuala Klawang. Slot di sebelah pagi 8 Jan 2011 dimulakan dengan 'Knowing Me Knowing You' atau kependekannya, KMKY yang menampilkan Abang Hafiz atau lebih mesra di kalangan adik-adik dengan nama Abang Bai. Gamat sungguh suasana ketika ini dengan aksi bersahaja Abang Bai. Adik-adik kasih dan sayang kelihatan begitu teruja!!! Sesi berkumpulan dan persembahan Army Yell juga tidak mengecewakan. Kreatif sungguh adik-adik kasih dan sayang dari MRSM Kuala Klawang ini. Gelagat mereka begitu mencuit hati.

Selepas berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat zohor, program diteruskan lagi dengan slot 'INTEAM' bersama Abang Wan. Alhamdulillah, sekali lagi penghayatan yang sangat bagus dari adik-adik kasih dan sayang. Moga ikatan ukhuwah yang terbina antara kalian berkekalan selamanya. Moga segala salah faham yang selama ini membelenggu diri kalian akan terurai. Nikmat persahabatan yang Allah kurniakan ini, moga ianya terus disinari cahaya keberkatan dan dilimpahi kasih sayang yang berpanjangan. Syukran jazilan pada adik-adik kasih dan sayang yang sudi tampil berkongsi dihadapan. Apa pun salah faham atau persengkataan yang berlaku, lupakanlah ia. Bak kata seorang adik sayang dalam sesi perkongsian, "Seribu sahabat belum lagi mencukupi untuk kita, seorang musuh sudah terlalu banyak untuk kita..."

Di sebelah petang pula usai solat Asar, slot riadah menyusul pula. Dalam sesi riadah ini, tempat untuk adik-adik kasih dan sayang telah diasingkan. Sesi riadah untuk adik-adik sayang telah dikendalikan oleh Abang Atiq Jer di kawasan tempat meletak kereta manakala riadah untuk adik-adik kasih dilakukan di dalam dewan. Bukan main seronok lagi adik-adik ini beriadah ;)

Selepas solat Maghrib, seperti biasa adik-adik kasih dan sayang telah dipertontonkan dengan beberapa video klip perjalanan program yang telah dilalui. Masing-masing begitu seronok sekali melihat aksi-aksi mereka di dalam video klip yang ditayangkan. Selepas itu, sedikit perkongsian telah disampaikan oleh Abang Bai sebelum semua menunaikan solat Isya'. Usai menunaikan solat Isya' seperti biasa, slot MAM 1 telah dikendalikan oleh Pak Long dan selepas berhenti rehat untuk menikmati supper kira-kira jam 11.30 malam, MAM 2 pula menyusul. Alhamdulillah, moga sedikit tarbiyah dan perkongsian ini memberi kesan dan impak positif kepada adik-adik kasih dan sayang MRSM Kuala Klawang dalam menempuh ranjau kehidupan. Moga keinsafan yang timbul diseiringkan dengan amalan-amalan yang akan berterusan. insyaAllah..

Hari terakhir (9 Jan 2011) diisi pula dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang yang telah dikendalikan oleh Kak Yong di surau sekolah manakala Pak Long mengendalikan slot MKMS bersama ibu bapa di dewan utama. Lebih kurang jam 11.30 pagi, slot pertemuan yang dikendalikan oleh Abang Bai telah mempertemukan ibu bapa yang hadir dengan anak-anak mereka. Walaupun ramai ibu bapa yang tidak dapat hadir mungkin atas sebab-sebab jarak yang jauh, namun ia itidak menjejaskan perjalanan program. Dan tidak lengkap program KBM ini tanpa sesi perkongsian dari adik-adik kasih dan sayang juga ibu bapa. Tahniah dan syabas buat mereka yang tampil untuk berkongsi di hadapan. Moga ia bermanfaat buat semua.

Majlis diakhiri dengan ucapan dari wakil pihak sekolah serta sesi bersalaman sebagai tanda perpisahan. Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak! Terima kasih juga diucapkan kepada pihak MRSM, kaunselor, warden dan guru-guru atas kerjasama yang diberikan. Moga kita terus MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!


p/s: gambar akan dimasukkan kemudian. Harap maaf.