Sunday, May 16, 2010

Malam Apresiasi 2 Tahun KBM KL


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah thummalhamdulillah


Pada 10 Mei 2010 yang lalu, telah berlangsungnya..

Malam Apresiasi
2 Tahun KBMKL

10 MEI 2008 - 10 MEI 2010
Genap 2 Tahun..


Bertempat di Pejabat JIM Daerah Batu
Kehadiran hampir mencecah 30 orang termasuk pengendali dan fasi..

Antara yang hadir:

pKay|pLong|pNgah|Abg Bai|Chefwan|Abg Aiman|Abg Long|Abg Idzuan|Abg Anhar|Abg Naim|Abg Najmi|Abg Yasser|Abg Dayat|Abg Muadz|Abg Atif|Abg Ammar

UmmiIda|mLong|kNina|kYong|kAishah|kSodd
|kYatt|kZar|kMia|kBaz|kIka|kAyu|kAsma'

dan..

Baby 'Izz

Sori pada mereka-mereka (abang-abang fasi) yang tidak
tersenarai namanya.
Sangat tak ingat siapa lagi yang ada lagi..


~strawberry cake presented by Secret Recipe~

~senior vs junior~

~sebahagian tetamu yang hadir~

~beliau telah cuba untuk memboloskan beberapa jenis lauk yang ada~

Hadiah istimewa buat seluruh ahli keluarga besar KBM KL walau di mana jua berada... Jepun, Preston UK, Yaman, Mesir, Madinah dan Malaysia...

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP


Hadiah balasan dari Abg LuQ aka Bang Chik yang kini berada di bumi Mesir istimewa buat keluarga besar KBM KL

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP



Moga Allah teguhkan langkah, ikhlaskan hati dan bimbingi setiap langkah kita kearah-Nya..

Moga usaha kecil ini tetap punya nilaiannya disana kelak..

JZKK


~Amin Ya Robb~


::MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA::


Kredit to kMia for these such nice pics!

Thursday, May 13, 2010

KBM di SMK Bangsar KL


Assalamualaikum Wa Barakallah Hu Fikum.



Barisan Pengendali :-

KMKY : Kak Nina
InTeam : Kak Nina
MAM I : Pak Long
MAM II : Semua Fasilitator dan Para Pengendali
Hijrah : Abg Din
RKSK : Pak Long
Pertemuan : Pak Long
Periba Komputer : Kak Yong
Video : Abg Zaid
Tukang Edit Video : Kak Yong


No Pesawat : KRJ 080510
Pramugara : Abg Zaid, Abg Ammar, Abg Akmal, Abg Fit dan Abg Amirul
Pramugari : Kak Diana dan Kak Lily
Airport : SMK Bangsar
Jumlah Penumpang : 71 orang

Alhamdulillah pada 7 Mei sekitar jam 7.00 malam kami tiba di SMK Bangsar. Ketibaan team kami disambut oleh Ustazah Aisyah dan beberapa cikgu sekolah SMK Bangsar. Kami dijamu dengan sedikit santapan yang berupa nasi campur dan buah tembikai yang disajikan dengan air teh O. Selesai makan, tepat jam 8.00 malam slot palestin bersama Abg Ammar (Aqsa Syarif)) dimulakan dan tamat pada jam 11.00 malam. Selesai solat isyak, sesi TOT ringkas diadakan kepada semua fasilitator yang ada ketika itu yang mana sesi ini dikendalikan oleh Pak Long.



Pagi 8 Mei, kami telah diberi amanah untuk mendekati serta menyantuni adik-adik kasih dan sayang. Jumlah adik-adik kasih adalah 20 orang manakala jumlah adik-adik sayang adalah seramai 51 orang sahaja. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 71 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Adik-adik kasih dan sayang ini telah selamat menaiki penerbangan bersama pesawat KRJ 080510.

Slot pertama KBM iaitu Knowing Me Knowing You telah dikendalikan oleh Kak Nina diikuti slot Army Yell yang juga dikendalikan oleh Kak Nina. Ketika slot ini, pelbagai nama kumpulan yang menarik telah dijanakan oleh adik-adik kasih dan sayang. Apabila nama yang menarik dan tertarik dihasilkan, aksi army yell juga sememangnya membuat semua penonton teruja dengan aksi kumpulan masing-masing. Antara nama yang menarik adalah kumpulan IMAM MUDA juga GAGAK HITAM.



Selesai mendirikan solat fardhu Zohor dan mengambil serta menghabiskan makan tengah hari, slot InTeam pula menyusul yang mana slot ini masih dikuasai oleh Kak Nina yang sememangnya sangat bersemangat dan LAYAN. Alhamdulillah slot ini mendapat sambutan yang memuaskan daripada para peserta KBM SMKB walaupun hujan lebat di luar dewan. Sewaktu perkongsian, seorang adik sayang menyatakan bahawa pada sangkaan awalnya, program ini pasti program yang membosankan dan hanya untuk nangis-nangis tetapi selepas berjaya sampai ke slot In-Team, syukur alhamdulillah. Baginya program ini telah berjaya menjadi asbab untuk hubungan persahabatan antara adik ini dan sahabatnya semakin akrab.

Apabila azan Asar telah bekumandang, adik-adik kasih dan sayang bersama-sama fasilitator mendirikan solat fardhu Asar secara berjamaah. Selesai solat Asar, riadah riang ria berjalan di SMKB yang dikendalikan secara berasingan antara adik-adik kasih dan sayang.

Meniti Angin Malam I bermula sekitar jam 9:30 malam. Slot ini dikendalikan oleh Pak Long. Pesawat KRJ 080510 diterbangkan ke satu tempat yang mana adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan lagi hubungan bersama Allah, merasakan kenikmatan andai dipertemukan dengan Rasulullah dan menghargai segala jasa ibu dan ayah yang selama ini telah bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan mereka. Slot ini menampakkan kerjasama para peserta yang begitu komited dengan program Keindahan BersamaMu ini biarpun dalam keadaan letih.



Berakhirnya Meniti Angin Malam I, Meniti Angin Malam II pula menyusul. Slot ini masih dekendalikan oleh pengendali 'Secret' tetapi turut dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang lain dari segala sudut untuk memastikan slot ini berjalan dengan jayanya. Meskipun ada berlaku perkara yang tidak dijangka-jangka, tetapi dengan izin Allah slot ini berjaya diharungi dengan selamat, alhamdulillah~. Kira-kira jam 2:30 pagi, semua adik-adik kasih dan sayang telah dibenarkan untuk tidur.

Pagi 09 Mei 2010 yang indah pun menjelma. Slot RKSK dan Hijrah dilangsungkan serentak tetapi di tempat yang berlainan. RKSK dikendalikan oleh Pak Long manakala slot Hijrah dikuasai oleh Abg Din. Kehadiran ibu bapa dianggarkan sekitar 50% daripada jumlah peserta. Apabila jam menunjukkan pukul 11:45, adik-adik kasih dan sayang telah dipertemukan bersama-sama ibu bapa. Slot ini diberi nama Pertemuan. Alhamdulillah, begitu indah saat pertemuan apabila menyaksikan adik-adik kasih dan sayang berlari mendapatkan ibu bapa mereka dan melihat mereka berpelukan. Saat itulah merupakan detik-detik keluarga bahagia yang insyaAllah akan dipisahkan dengan kematian sahaja.

Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian dari adik-adik kasih, sayang, ibu bapa dan seterusnya ucapan penutup dari wakil PIBG dan sekolah. Dalam ucapan wakil PIBG, beliau mengatakan bahawa, “Dalam kita mendidik dan membentuk anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dalam segenap aspek hidup mereka, KASIH SAYANG adalah yang paling utama dalam cubaan kita menguasai emosi dan tingkah laku mereka”.



Disediakan oleh : Abg Din
Diedit & gambar oleh : Kak Yong
Dipost oleh : Kak Yong

Tuesday, May 11, 2010

KBM SMK Tengku Idris Shah (SMKTiS)

Bicara keindahan ini dimulakan dengan lafaz

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

Barisan Pengendali :-
KMKY: ABG WAN
INTEAM: UMMI IDA
MAM1: UMMI IDA
MAM2: SEMUA FASI DAN PENGENDALI
HIJRAH: ABG WAN
RKSK: UMMI IDA
PERTEMUAN: UMMI IDA
PeLAPTOP: KAK AINA & ML
PemVIDEO: PAK KAY
Airport: SMKTiS
Pesawat: KRJo8o510
Jumlah Penumpang: 134 [77kasih (putera), 57sayang (puteri)]
Pramugara: Baim, Abg Awe (Aiman), Abg Faizal, Abg Hadi, Abg Amir
Pramugari: Kak Aisyah, Kak Ain, Kak Ila, Kak Ayu, Kak Zarina, Kak Aina

8 may 2010, penerbangan pesawat KRJ080510 telah memulakan perjalanan di SMK TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR. Penerbangan pesawat ini telah bermula pd jam 9pagi dengan suhu awal 35degree celcius. Pembuka bicara telah disempurnakan oleh Abg Wan serta meneruskan slot yang pertama iaitu Knowing Me Knowing You (KMKY) dan dikendalikan sepenuhnya oleh Abg Wan serta fasilitator sebagai pelincirnya. Kbm kali merupakan sejarah buat semua krn panggln utk adik kasih dan sayang telah ditukar oleh Abg Wan. Kebiasaanya adik putera dipanggil sayang dan adik puteri dipanggil kasih tetapi tidak pada KBM yg istimewa ini kerana panggilan ini telah bertukar menjadi kasih=putera manakala sayang=puteri. Seperti lazimnya "hadiah,hadiah,hadiah" akan terus diberi kpd adik2 dan ketika inilah Abg Wan telah mengajar adik kasih dan sayang utk bersedekah dgn memberikan hadiah mereka kepada sahabat2 mereka. Baguslah Abg Wan ni!! Seterusnya kami mengorak langkah dengan ARMY YELL daripada kumpulan adik kasih dan sayang. Adik kasih dan sayang telah dibahagikan kepada 7 kumpulan sayang(puteri) dan 5 kumpulan kasih(putera). Seperti selalu pelbagai nama dan gerakan yang pelik,kreatif,menarik dan tertarik telah dipersembahkan oleh adik2 kasih dan sayang. Syabas buat adik2 kasih dan sayang atas ARMY YELL yang pelik,kreatif,menarik tertarik serta menghiburkan.

Penerbangan KBM terus melebarkan sayapnya setelah usai makan tengahari dan solat zohor berjemaah. Slot seterusnya adalah slot Inteam yang dipandu terus oleh Ummi Ida. ALHAMDULILLAH!! Pemanduan Ummi Ida sedikit sebanyak telah merungkai dan merobohkan benteng2 masalah dalam persahabatan mereka. Adik2 kasih dan sayang telah memohon kemaafan sesama mereka serta dengan hati terbuka teleh menyambung kembali tali ikatan persahabatan yang suatu ketika dahulu telah terputus. Keadaan mereka ini umpama pesakit yang berada di tahap kritikal yang tiada harapan utk sembuh tetapi mendapat keajaiban daripada ALLAH untuk sihat kembali serta meneruskan kehidupan mereka sebagai khalifahNya. Disamping itu, para pengendali dan fasilitator dapat melihat sendiri kehebatan bond-bond persahabatan adik2 kasih dan sayang yang 'extra, extra, extraordinary'. Memang mnyerlah jauh dari yang biasa. Diharapkan bond-bond yang mantap ini akan terus terikat sehingga ke syurga ALLAH kelak.

ALHAMDULILLAH selesai solat maghrib berjemaah adik2 kasih dan sayang telah diminta utk masuk ke dewan sementara menanti kehadiran waktu isyak. Pada ketika inilah 'pesalah2' KBM telah mendapat 'kejutan' mereka serta adik2 kasih dan sayang sama2 berkongsi kehebatan ALLAH melalui surah ASY-SYAMS. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR... Jom solat!!

Sekitar jam 9.30mlm pengembaraan slot Meniti Angin Malam 1 bermula. Ummi Ida masih lagi menjadi pemandu arah utk pengembaraan yang setrusnya. Pada slot ini, adik2 kasih dan sayang telah dibawa mengembara oleh Ummi utk mengeratkan dan memantapkan lagi hubungan mereka dengan ALLAH. Mereka telah dibawa utk mengenali siapakah diri mereka yang sebenarnya di muka bumi ALLAH yang luas ini. Mereka juga telah dibawa untuk mengenali RASULLAH, mengingati, menghayati dan menghargai pengorbanan RASULLAH dan SAHABAT2 demi ALLAH dan ISLAM. Adik2 kasih dan sayang dibawa lagi utk mereka mengenang dan menghargai kesusahan, kepayahan serta kepenatan IBU dan AYAH menjaga dan membesarkan kita dari kita masih lagi di dalam rahim bonda sehingga ke hari ini dan hari2 seterusnya. MAM1 telah berakhir sekitar jam 12MN.

Setelah usai masa rehat yang diberikan, MAM2 pula menyusul. Adik2 kasih dan sayang telah diberi sedikit penerangan terhadap apa yang akan dilakukan semasa MAM2 ini. Ini kerana adalah untuk mengelakkan sbarang perkara yang tdk diigini berlaku dan juga sebagai pelincir bagi melancarkan pemanduan dan perjalanan kami. ALHAMDULILLAH slot MAM2 telah berjln dengan lancarnya seperti yang dirancang dan berakhir pada jam 2.15am.

Pada pagi Hari Ibu, 9 may 2010 yg damai dan indah, slot Rumah Ku Syurga Ku (RKSK) dan juga Hijrah telah dijalankan secara serentak tetapi di tempat yang berasingan. Slot RKSK iaitu slot utk ibu bapa telah dipandu dgn berhati-hati oleh Ummi Ida di Dewan Mutiara manakala slot Hijrah utk adik2 kasih dan sayang telah dipandu oleh Abg Wan di surau sekolah. Kehadiran ibu bapa yg pd awalnya memberi kebimbangan kpd guru2 tlh beransur perlahan-lahan kpd satu kelegaan krn bilangan ibu bapa yg hampir mencecah 40%-50%. Slot RKSK umpama laporan kpd ibu dan ayah terhadap apa yg anak2 mereka telah lalui semasa berKBM serta dibawa mengembara utk menmantapkan hubungan dgn ALLAH, menghayati perjuangan RASULLAH dan SAHABAT2, mengenang jasa IBU dan AYAH serta menulis kad kpd ANAKANDA TERCINTA mereka. Bg slot Hijrah pula, adik2 kasih dan sayang telah dibantu utk melakukan penghijrahan dalam diri mereka.

Tepat jam 12tgh, adik2 kasih dan sayang telah di PERTEMUKAN kepada ibu dan ayah mereka. Bertempiaran mereka berlari utk mendakap, memohon kemaafan kepada ibu dan ayah serta mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu yang dicintai seluruh jiwa dan raga. Hati2 kami selaku pengendali dan fasi sgt tersentuh dgn setiap perkongsian dan janji2 adik2 kasih dan sayang. Lebih menyentuh hati2 ini adalah adik2 kasih dan sayang ini telah membuat suatu kejutan buat bonda tercinta bersempena HARI IBU, di mana mereka telah menyuapkan pulut kuning kepada IBU mereka serta kpd AYAH mereka. Bagi adik2 kasih dan sayang yg ibu dan ayah yg tdk hdr, mereka telah menyuap kpd GURU2, pengendali2, serta fasi2 sbg ganti. Di samping itu, mereka menyuap kpd pengendali2 dan fasi2 sbg tnda penghargaan mereka. Dengan upacara simbolik ini maka berakhirlah KBM di SMKTiS.

Selain itu, kami jga telah menerima satu komen yang sangat bermakna:
BAGAIKAN BUAH DELIMA...
"bila tengok kulitnya nampak biasa saja, tetapi bila diselongkar isinya barulah ternyata isinya begitu cantik dan manis"
"begitulah program ini, di luaran ia biasa saja tetapi pengisian penuh bermakna"

JAZAKALLAH!!

ALHAMDULILLAH..WA INSYAALLAH..
KBM..BAGAI GELOMBANG TERUS MENERJANG...
MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!