Wednesday, February 3, 2010

KBM @ SMK Serendah (KRJ 290110)

[Selepas kemas kini dari perkongsian ML]



Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Azza Wajalla atas nikmat ihsan, iman dan Islam. Team KBM KL telah diberi peluang sekali lagi dalam misi menyantuni remaja remaja sekitar Kuala Lumpur bagi tahun 2010.

Team KBM KL telah diberi amanah untuk menyantuni adik-adik SAYANG Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah, Serendah, Rawang. Seramai 84 adik-adik sayang telah pun terbang bersama pesawat KRJ 290110. Slot KMKY telah dikendalikan oleh ‘imported player’ dari Melaka, iaitu Abang Lang. Istimewanya KBM kali ini, hanya adik-adik sayang sahaja yang menyertainya dan bakal menyusul KBM untuk adik-adik kasih sekolah ini .

KBM kali ini juga diterbangkan khas selepas solat Jumaat dan mendarat pada hari Sabtu, 30 Januari 2010.


Di sebelah malam, adik-adik telah dibawa melayari gelombang samudera hati remaja dengan slot MAM oleh Abg Lang. Manakala, slot MAM2 dibawa oleh Abg Syafiq, Pak Kay dan kesemua pramugara dan pramugari.

Pada hari Sabtu pula, di sebelah pagi, adik-adik sayang telah dibawa menghargai betapa pentingnya sahabat mereka. Mereka dibawa oleh Kak Nina dalam slot INTEAM. Sungguh tidak disangkakan, adik-adik sayang memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan slot ini.

Seterusnya, adik-adik sayang melalui slot Hijrah juga dikendalikan oleh Kak Nina. Alhamdulillah, meskipun dewan adik-adik ditempatkan tiada bekalan elektrik, adik-adik sayang semua tetap bersabar dalam usaha mencari jati diri mereka... InsyaAllah, Ameen .

Para ibubapa pula melalui slot RKSK [RumahKu SyurgaKu] kendalian Pak Long. Meskipun tidak ramai ibubapa yang hadir, iaitu lebih kurang 11 orang, namun itu tidak menjadi penghalang untuk kami.

Tepat jam 11.03 pagi, 30 Jan 2010, slot Pertemuan kendalian Kak Nina telah berlangsung. Suasana sayu dan sedih menyelubungi hati-hati mereka tatkala lagu 'Suratan atau Kebetulan' didendangkan... Alhamdulillah, kesemua adik-adik sayang dapat menggapai apakah misi dan visi KBM ini selesai menjalaninya.


Ya Allah, berkahi Kami semua dalam hidup kami ini Ya Allah...

[Barisan Pengendali]

KMKY : Abg Lang
MAM 1 : Abg Lang
MAM 2 : Abg Syafiq , Pak Kay dan semua fasi
Inteam : Kak Nina
Hijrah : Kak Nina
RKSK : Pak Long
Pertemuan : Kak Nina
Pilot : Man Laptop [ML] dan Pak Long
Videoman : Abg Zamree

[Pramugara]

Abg Aizad, Abg Rezal, Abg Sazlie, Abg Syafiq, Abg Azri, Abg Badrul, Abg Shukri, dan Abg Zaid

[Pramugari]

Kak Adek (kYatt), Kak Anisah & Kak Aisah

Semasa sesi bersalaman, seorang ibu; Puan Salmah datang bersalaman dan memeluk erat Kak Nina sambil berkata..."Makcik tak sangka anak makcik peluk makcik, dah lama makcik teringin anak makcik peluk makcik...terima kasih ye!"


Bergambar kenangan antara Fasi dan Guru SMK Serendah


sila abaikan...MyEm0.Com

Monday, February 1, 2010

Perlantikan Pegawai Operasi (PO) KBM Kuala Lumpur yang baru

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Moga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah Ta’ala

Team KBM KL dengan rasa besar hati memaklumkan perlantikan Cik Fiza Hasni bt Md Ehsan sebagai Pegawai Operasi (PO) KBM Kuala Lumpur yang baru. Beliau mengantikan Cik Nurul Damia bt Md Zin yang telah tidak lagi berkhidmat dengan KBM KL kerana melanjutkan pelajaran.

Beliau akan memulakan tugas mulai 2 Februari 2010 di Pejabat KBM Kuala Lumpur beralamat di No. 48-1, Jalan SBC 3, Taman Sri Batu Caves, 68100 Selangor.


Cik Fiza Hasni, 25 tahun yang dikenali sebagai Kak Yong dalam program-program KBM merupakan graduan International Islamic College (IIC) dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Semasa di IIC beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 malah turut aktif dalam aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan.

Kami di KBM KL mengalu-alukan perlantikan beliau. Moga KBM KL terus “Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa” dengan perlantikan ini.


-[Team KBM Kuala Lumpur]-