Monday, January 19, 2009

KBM AL-AMIN (17-18 Januari 2009)

Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, KBMKL telah membuka tirai 2009 ini bersama adik-adik kasih dan sayang dari SRI Al-Amin KL dan juga Guru-guru serta warga Al-Amin Bangi. Dan sekali lagi kami telah membahagikan pengendali, fasilitator dan peralatan program kepada 2 lokasi yang berbeza. Berikut disertakan laporan ringkas untuk setiap program.

KBM AKTIVIS WARGA AL-AMIN BANGI

Tarikh: 17 - 18 Januari 2009
Tempat: Nur Sungai Merab, Bangi
Bilangan peserta: 85 orang (15-ikhwah, 70 akhawat)

Antara barisan pengendali dan fasilitator ikhwah yang terlibat dalam menjayakan KBM Aktivis ini ialah Pak Lang, Pak Kay, Pak Andak, Abg Bai, Pak Am, Pakcik Omar, Pakcik Kamal, Ustaz Rujhan, Farid dan Nizam. Manakala fasi dan pembantu fasi akhawat pula ialah Mak Lang, Mak Andak, Kak Nina, Kak Hasnah, Kak Fauziah, Kak Insyirah, Kak Mia, Kak Mimi, Kak Nurull, Nasyitah dan juga Nadia.

Seperti biasa untuk KBM versi aktivis ini hampir keseluruhan program akan dikendalikan oleh Pak Lang dan dibantu oleh Pak Andak dan Abg Bai pada sesi-sesi tertentu. Program ini telah melibatkan 3 komuniti yang berbeza iaitu guru-guru Al-Amin (menengah dan rendah), staff Al-Amin serta guru-guru tadika Khalifah.



Sebahagian daripada fasilitator ikhwah

Sebahagian daripada fasilitator akhawat

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari para peserta. Pada hari terakhir program, jumlah kutipan untuk tabung Palestin adalah sebanyak RM 1482.10. Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang menyumbang. Juga buat semua peserta, pengendali dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan KBM Aktivis kali ini.


KBM SRI Al-Amin, KL

Tarikh: 17 - 18 Januari 2009
Tempat: Sek. Ren. Islam Al-Amin, Kuala Lumpur
Bilangan peserta: 105 orang. (46-kasih, 59-sayang)

Barisan pengendali dan fasilitator ikhwah yang terlibat ialah Pak Long, Pak Ngah, Abg Ammar, Abg Yasser, Abg Eming, Abg Mansur, Abg Din dan Abg Safwan. Manakala pengendali dan fasilitator akhawat pula ialah Ummi Ida, Alang Atie, Anjang Kila, Kak Yong, Kak Ngah, Kak Mira, Kak Izzati, Kak Ika dan Kak Fida.

Knowing Me Knowing You - Pak Ngah dan Anjang Kila
Inteam - Pak Ngah
Riadah - Kak Ngah (adik kasih), Abg2 fasi (adik sayang)
Meniti Angin Malam 1 - Ummi Ida
Meniti Angin Malam 2 - Pak Ngah dan semua fasi
Hijrah - Anjang Kila
Menyemai Kasih Menuai Sayang - Pak Long & Ummi Ida
Pilot- Ammar dan kak yong

Alhamdulillah, penerbangan KRJ 170109 berlepas dgn lancar. Lebih 95% ibubapa hadir pada slot terakhir program. Pada hari tersebut juga kami turut melancarkan tabung derma Palestine dan Alhamdulillah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 3,525 + USD 50. Kutipan Palestin yang tertinggi setakat ini dalam rekod KBMKL. Jzkk pada penyumbang dan semua yang terlibat untuk KBM SRIAAKL ini.



Source: Credit to Alang Atie, Abg Bai, Pak Long n Ummi Ida.


Thursday, January 15, 2009

SAVE THE PALESTINIANS

>> click image for more detailed information <<

Thursday, January 1, 2009

KBM Kg. Melayu Batu 16, Rawang

Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, Maha Pemurahnya Dia kerana sekali lagi kami telah diberikan-Nya kesempatan untuk terus bersama-sama adik-adik kasih dan sayang. Penerbangan kami diteruskan lagi pada 27 dan 28 Disember 2008 bertempat di Masjid Al-Ehsaniah, Kg. Melayu Batu 16, Rawang, Selangor. Bersama seramai 41 orang adik kasih dan sayang dari kampung tersebut, yang mana datang dari pelbagai sekolah di sekitar Rawang dan melibatkan 9 orang pengendali antaranya Pak Long, Pak Kay, Pak Andak, Pak Ngah, Abg Wan, Ummi Ida, Kak Nina, Kak Mia dan Anjang Kila serta dibantu oleh 5 orang pramugara iaitu Abg Yasser, Abg Luqman, Abg Arul, Abg Hafiz dan Abg Salam. Manakala 5 orang pramugari yang terlibat ialah Kak Ngah, Kak Ifa, Kak Mira, Kak Nurull, dan Kak Izzati.

Seperti biasa, KBM dimulakan dengan slot Knowing Me Knowing You yang dimeriahkan oleh Kak Nina dan Anjang Kila. Slot INTEAM pada petang tersebut telah dikendalikan oleh Kak Nina. Sesi riadah adik-adik kasih bersama Anjang Kila dan Kak Mia manakala adik-adik sayang bersama abang-abang fasi.

Pada sebelah malamnya, adik-adik telah dibawa oleh Pak Ngah untuk menikmati keindahan bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah menerusi slot Meniti Angin Malam 1. Meniti Angin Malam 2 pula telah dikendalikan oleh Pak Ngah, Kak Ngah dan semua faslilitator.

Keesokan harinya, adik-adik telah dibawa berhijrah oleh Kak Nina dan dalam masa yang sama ibubapa pula telah mengikuti satu slot khas yang diberi nama Rumahku Syurgaku bersama Ummi Ida. Berikutnya slot Menyemai Kasih Menuai Sayang juga telah dikendalikan oleh Ummi Ida dimana para peserta telah ditemukan dengan ibubapa masing-masing.

Majlis penutup Program Keindahan Bersama Mu kali ini amat istimewa kerana telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Selayang iaitu Y.B William Leong Jee Keen dan diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta dan cenderahati dari pihak JKK Kg. Melayu Bt. 16 kepada pihak JIM Hulu Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga ianya dinilai disisi-Nya kelak. InsyaAllah.